Maxis hari ini, telah pun mengeluarkan notis, mengatakan yang mana mereka akan mengemaskini sistem, dan oleh kerana itu, tiada sebarang notis akan dikeluarkan apabila penggunaan data mencapai 80% ataupun 100% seperti sebelum-sebelum ini, dan hanya meminta para pengguna memantau penggunaan mereka sendiri.
Buat masa ini, pakej iValue adalah untuk para pengguna iPhone sahaja, dan mungkin mereka yang menggunakan pakej dan pelan Maxis perlu memantau penggunaan mereka, supaya tidak dikenakan caj bayaran tambahan disebabkan olehnya. Selain daripada iValue, tiada sebarang pengumuman berkaitan perkhidmatan data yang lain daripada Maxis, dan mungkin mereka yang lain terus akan mendapat mesej amaran apabila mereka mencapai kuota yang sepatutnya.
Tips awal daripada @RotiKaya