Cari @ Amanz

Nampaknya, Google terus membawakan peningkatan dari segi privasi pada laman sosial mereka, Google+, dimana terkini para pengguna boleh mengawal siapakah yang dapat melihat sesuatu album gambar itu dengan mudah, sekaligus, membolehkan gambar-gambar mereka itu dilindungi daripada dilihat oleh mereka yang tidak sepatutnya.

Kini, para pengguna boleh memilih samada untuk Locked atau Unlocked sesuatu album itu dengan mudah, dimana sekiranya ianya dikunci, maka para pengguna lain yang melihatnya, tidak boleh tag ataupun berkongsinya dengan mereka yang lain. Pada masa yang sama, semua komen pada album tersebut turut sama akan dikuncikan, dan tidak boleh dilihat oleh mereka yang lain selain mana yang dikongsikan sahaja.

Dengan fungsi baru ini, ianya semestinya akan menjadikan Google+ lebih menarik lagi, selain pada masa yang sama membolehkan semua pengguna berkongsikan detik-detik menarik mereka bersama yang lain dengan lebih mudah dan terkawal lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd