Carian
Adobe Membawakan Flash Ke iOS Melalui Flash Media Server
September 10, 2011 Aman

Semua sedia maklum yang mana Apple tidak menyokong Adobe Flash pada iPhone dan juga peranti-peranti iOS lain seperti iPad dan sebagainya. Kini, setelah dinantikan sekian lama oleh Adobe, dan masih tidak dibenarkan, Adobe mencari langkah lain, dengan memperkenalkan Flash Media Server 4.5 yang mana turut didatangkan dengan sokongan iOS.

Melaluinya, kini para pengguna iOS boleh menikmati kandungan Flash dengan mudah. Adobe menjayakan perkara ini, dengan membolehkan ianya menayangkan kandungan Flash dalam bentuk siaran langsung HTTP (HLS). Sebelum ini, Flash Media Server menyokong format F4F, dan kini melalui versi baru, ianya mula menyokong HLS. Format HLS merupakan salah satu format yang dibangunkan oleh Apple untuk QuickTime pada iOS.

Walaubagaimanapun, dengan Flash Media Server 4.5 ini, Adobe hanya menyokong kandungan Flash berbentuk video sahaja, dan masih lagi belum menyokong permainan, animasi dan iklan dalam bentuk Flash buat masa ini.

Namun begitu, ianya bukanlah bermakna para pengguna sudah boleh menikmati kandungan Flash pada iPhone dan iPad, tetapi sebaliknya memerlukan para pembangun kandungan mengoptimasikannya terlebih dahulu, sebelum dapat menikmatinya pada peranti anda.

Komen