Cari @ Amanz

Setelah Zynga memperlihatkan sebuah video ringkas berkaitan permainan yang bakal dilancarkan mereka pada hujung Ogos yang lepas, hari ini, secara rasminya Zynga telah pun melancarkan permainan Adventure World yang dinantikan itu pada platform Facebook. Apa yang menariknya, kini ianya dilihat, Zynga mengeluarkan permainan sosial mereka itu lebih pantas berbanding sebelum-sebelum ini, yang mengambil masa sedikit lama.

Melalui Adventure World, Zynga membawakan genre yang jauh berbeza berbanding sebelum-sebelum ini, dimana membawakan lebih 200 misi berbeza melalui 30 peta yang terdapat padanya. Adventure World membawakan permainan yang seumpama beberapa permainan dan filem popular, seperti Lara Croft dan juga Indiana Jones, dimana ianya membawakan permainan berbentuk pengembaraan. Melaluinya, para pemain perlu melalui beberapa misi, dan menyelesaikan beberapa misteri dalam menemui barang-barang berharga.

Para pemain juga turut sama boleh membuat krew mereka sendiri, dengan mengajak rakan-rakan mereka bersatu, dalam melalui pelbagai misi, bersama-sama. Mereka yang berminat, boleh mula bermain Adventure World ini bermula hari ini di Facebook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd