Anonymous adalah salah satu kumpulan penggodam yang terkenal yang berasal daripada forum 4Chan yang popular. Akhir-akhir ini, Anonymous menjadi bualan mulut dunia setelah mereka melakukan serangan DDOS dan menggodam laman web milik agama Scientology beberapa tahun yang lalu.
Serangan mereka membuatkan ada pihak berkuasa mengelarkan mereka pengganas alam saiber. Anonymous bergerak secara rahsia dan identiti sebenar mereka tidak diketahui. Namun hari ini muka beberapa ahli mereka akhirnya didedahkan selepas mereka ditahan akibat kesalahan menggodam beberapa laman terkemuka, termasukPaypal, Visa dan Mastercard.
Ketiga-tiga syarikat ini digodam kerana keengganan mereka menyokong pergerakan Wikileaks pada beberapa bulan yang lepas. 16 orang ahli yang diperkatakan daripada kumpulan pengodam Anonymous itu, telah pun ditahan oleh Biro Siasatan Persekutuan(FBI), Amerika Syarikat, dan sekiranya di sabit kesalahan, mereka akan dipenjarakan sehingga 10 tahun.