Android Seterusnya Mungkin Akan Dikenali Sebagai Jelly Bean?

Android Seterusnya Mungkin Akan Dikenali Sebagai Jelly Bean?

Diterbitkan pada Sep 10, 2011 oleh .

Kini, dengan pelancaran Ice Cream Sandwich yang diperkatakan sekitar Oktober atau November kelak, ura-ura berkenaan Android versi akan datang mula kedengaran. Ianya kini dikatakan yang mana versi seterusnya selepas Android Ice Cream Sandwich kelak mungkin akan dikenali sebagai Jelly Bean, sekaligus meneruskan penamaan berdasarkan makanan yang manis oleh Google untuk Android.

Android Jelly Bean disasarkan untuk pelancaran pada Mei tahun hadapan, pada acara tahunan Google, iaitu Google I/O. Namun begitu, ianya turut diperkatakan yang mana Google masih lagi dalam proses pilihan nama, tetapi Jelly Bean dilaporkan sebagai salah satu pilihan utama mereka.

Buat masa ini, fungsi baru padanya kelak masih tidak diketahui, memandangkan kini ramai ternanti akan Ice Cream Sandwich yang dilaporkan akan menyatukan Android versi telefon pintar dan juga tablet, serta perubahan rekabentuk dan antaramukanya.


TIPS & ULASAN