Facebook Memperlihatkan Iklan Syarikat Telekomunikasi Pada Halaman Log Keluar

Facebook Memperlihatkan Iklan Syarikat Telekomunikasi Pada Halaman Log Keluar

Diterbitkan pada Sep 10, 2011 oleh .

Bermula daripada hari ini, ianya kelihatan yang mana Facebook mula memperlihatkan iklan syarikat telekomunikasi tempatan pada halaman log keluar mereka, bersama-sama dengan mempromosikan Facebook Mobile mereka yang menyokong lebih 2,500 peranti. Dan menariknya adalah dimana ianya turut menunjukkan yang mana syarikat telekomunikasi tersebut menawarkan penggunaan data secara percuma selama 90 hari.

Namun begitu, tiada sebarang pautan yang diperlihatkan untuk mendapatkan informasi lanjut berkenaan dengan tawaran data secara percuma selama 90 hari. Buat masa ini, ramai pengguna tempatan yang melihat iklan daripada Celcom. Malah ada beberapa pengguna turut melaporkan yang mana mereka turut melihat iklan daripada DiGi dan juga Maxis.

Tips awal daripada Saiful Anuar


TIPS & ULASAN