Cari @ Amanz

Facebook dijangka akan melancarkan perkhidmatan muzik mereka dalam tempoh dua minggu lagi, dan kini beberapa fungsi baru yang bakal diperkenalkan bersama-sama dengan Facebook Music mula kedengaran satu-per-satu, memperlihatkan yang mana berkemungkinan fungsi ini akan memberikan impak yang meluas pada pelancarannya nanti.

Salah satu fungsi yang bakal diperkenalkan pada Facebook Music kelak adalah kebolehan untuk menghantar lagu yang sedang anda dengarkan secara automatik ke halaman profail anda. Ini sekaligus membolehkan rakan-rakan anda mengetahui apa yang sedang anda dengarkan, dan menjadikannya lebih sosial.

Pada masa yang sama, ianya turut diperkatakan yang mana Facebook akan memperkenalkan pemain muzik yang boleh dimainkan tanpa sebarang gangguan daripada satu halaman ke halaman yang lain, berkemungkinan sama seperti Facebook Chat.

Facebook dijangka melancarkan perkhidmatan baru mereka ini, iaitu Facebook Music pada 22 September kelak, dan ianya masih tidak diketahui samaada adakah ianya akan diperkenalkan untuk pengguna di Malaysia ketika pelancarannya kelak, ataupun hanya dikhaskan kepada pengguna Amerika Syarikat sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd