Maxis Mula Menawarkan iPhone 3GS Pada Harga Serendah RM199

Maxis Mula Menawarkan iPhone 3GS Pada Harga Serendah RM199

Diterbitkan pada Sep 11, 2011 oleh .

Dengan pelancaran iPhone 5 yang semakin dekat, kini nampaknya Maxis ingin menghabiskan stok sedia ada iPhone 3GS mereka. Melalui pakej terkini yang ditawarkan oleh Maxis, mereka menawarkan iPhone 3GS pada harga serendah RM199 dengan komitmen bulanan hanya RM79 sebulan, dan kontrak selama 24 bulan.

Untuk iPhone 3GS ini, Maxis memperkenalkan sebuah plan baru yang dinamakan sebagai pelan i3GS, yang mana melaluinya, ianya menawarkan panggilan suara selama 200 minit antara pengguna Maxis, dan penggunaan data sebanyak 250MB. Penggunaan data dan panggilan ke rangkaian lain akan dikenakan caj tambahan oleh Maxis. Selain daripada itu, pengguna yang berminat juga perlu membuat bayaran permulaan sebanyak RM840 yang akan direbat selama 12 bulan.

Tawaran khas ini hanya ditawarkan oleh Maxis antara sekarang sehingga 31 Disember 2011 kelak.


TIPS & ULASAN