Cari @ Amanz

SkyDrive (dan MyEmail.my) Bakal Menyokong Storan Gambar Dan Dokumen Tanpa Had

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan Apple dan Google kini menumpukan perhatian pada perkhidmatan atas talian mereka, Microsoft turut tidak ketinggalan, dimana melalui kemaskini Windows Live SkyDrive tidak lama lagi, mereka akan membolehkan para penggunanya untuk menyimpan gambar dan juga dokumen tanpa sebarang had. Tambahan daripada itu, Microsoft juga bakal menawarkan ruangan tambahan 25GB untuk fail-fail lain.

Buat masa ini, Microsoft menawarkan ruangan storan sebanyak 25GB melalui perkhidmatan SkyDrive secara percuma, yang mana merupakan antara perkhidmatan percuma yang menawarkan ruangan yang banyak, berbanding perkhidmatan percuma yang lain.

Menariknya adalah, memandangkan SkyDrive dan juga Windows Live turut menjana perkhidmatan MyEmail, berkemungkinan pengguna MyEmail.my turut sama akan dapat ruangan storan yang sama padanya kelak.


Komen ()