Selain daripada GTA, salah satu siri permainan keluaran Rockstar Games yang diminati ramai adalah Max Payne. Kini, setelah filemnya dikeluarkan sebelum ini, kini Rockstar telah pun mengumumkan yang mana Max Payne generasi baru, iaitu Max Payne 3 bakal dilancarkan sekitar bulan Mac tahun hadapan, yang mana akan membawakan pelbagai perubahan pada enjin permainannya, dan sokongan multiplayer.
Ianya diperkatakan yang mana Rockstar bakal melancarkan permainan tersebut pada Mac 2012 untuk Xbox 360, PlayStation 3, dan juga PC. Tetapi tarikh pelancaran tersebut adalah bagi pengguna Amerika Utara dan juga Eropah, dan kami percaya pelancarannya di Asia tidak jauh beza dengannya.
Perubahan paling drastik yang bakal dibawakan pada Max Payne 3 adalah penggunaan teknologi Rockstar Advance Game Engine, yang mana akan membawakan pelbagai perubahan pada permainannya, selain mana turut membawakan sokongan multiplayer, membolehkan anda bermain bersama-sama dengan rakan anda yang lain dengan mudah.
Mungkin kita akan mendengar lebih berita berkaitan dengan MaxPayne 3 ini dalam beberapa minggu akan datang. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjutnya.