Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, terdapat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan acara, seperti EventBrite, SocialWalk yang merupakan salah satu syarikat Malaysia, dan terkini Evenesis turut menyertai industri sama, yang mana turut menawarkan aplikasi iPad dan juga iPhone bagi para penganjur untuk menguruskan majlis mereka.

Berbeza dengan SocialWalk, Evenesis ini lebih kepada penganjur untuk menguruskan majlis mereka, dimana para penganjur sesuatu majlis itu boleh menguruskan majlis mereka, seperti mendapatkan pelbagai data, merekabentuk pelan dan perancangan sesuatu majlis, mengikuti perkembangan dan maklumbalas mereka yang mendaftar, dan banyak lagi dengan mudah. Menariknya adalah dimana pengurus majlis tersebut turut sama boleh menggunakan aplikasi Evenesis untuk iPhone dan juga iPad untuk mengakses pelbagai data berkaitan dengannya dengan mudah, selain pada masa yang sama log masuk ke halaman pentadbir terus melalui aplikasi tersebut.

Buat masa ini, kami masih lagi belum melihat sebarang laman yang menggunakan perkhidmatan Evenesis, jadi masih lagi tidak ketahui bagaimanakah sistem pendaftarannya berfungsi sepenuhnya bagi seseorang pengguna dan hadirin untuk acara yang diuruskan melalui penggunaan aplikasi ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd