Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, penggunaan LRT oleh para pengguna pengangkutan awam adalah sesuatu perkara yang biasa. Mungkin kita sering tertanya-tanya mengenai masa perjalanan dari satu lokasi ke lokasi yang lain, selain harga dan juga lokasi yang dituju oleh keretapi elektrik rapidKL.

Menariknya, kini anda boleh mengikuti perkara tersebut dengan mudah melalui aplikasi khas untuk para pengguna Symbian dan juga Android. Menariknya aplikasi ini turut ditawarkan secara percuma untuk kedua-dua platform ini.

LRT Route Finder Untuk Symbian

Aplikasi percuma untuk pengguna Symbian ini membolehkan para pengguna merancang perjalanan mereka dengan mudah, di mana mereka boleh mendapatkan pelbagai maklumat dengan senang, termasuk berkenaan dengan harga tiket, masa perjalanan yang diambil dari satu lokasi ke suatu lokasi yang lain, serta turut memperlihatkan peta perjalanan LRT di Kuala Lumpur.

Aplikasi ini telah dibangunkan oleh pelajar dari Universiti Limkokwing, dengan kerjasama bersama-sama dengan pihak Nokia dan juga RapidKL. Para pengguna Symbian boleh memuat-turunnya dengan mudah terus melalui Ovi Store.

Malaysia Kuala Lumpur Transit Untuk Android

Berbeza dengan aplikasi untuk Symbian, aplikasi Android pula pula dibangunkan oleh Agmo Studio (yang turut menawarkan aplikasi berbayar untuk iOS). Walaupun dari segi antaramuka, ianya tampak biasa dan kurang menarik berbanding aplikasi LRT Route Finder, ianya tetap membawakan fungsi yang serupa.

Namun begitu, ianya masih menawarkan fungsi yang sama, dimana memberikan sebuah peta ringkas mengenai perjalanan transit-tansit awam disekitar Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, aplikasi ini membolehkan anda mengira tambang perjalanan menggunakan RapidKL LRT terus melalui aplikasi tersebut. Aplikasi ini boleh dimuat turun oleh para pengguna Android 2.1 dan ke atas secara terus melalui Android Market.

Selain daripada aplikasi ini, turut terdapat beberapa aplikasi lain untuk Android yang menawarkan fungsi yang sama. Namun begitu, pencarian aplikasi percuma yang menawarkan perkhidmatan seumpamanya untuk iOS gagal.

Tips daripada Arif Ishak

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd