Laman Linux Foundation Dan Juga Linux.com Diceroboh – Ditutup Untuk Sementara

Laman Linux Foundation Dan Juga Linux.com Diceroboh – Ditutup Untuk Sementara

Diterbitkan pada Sep 12, 2011 oleh .

Mungkin semua mengetahui bahawa beberapa minggu sebelum ini, laman Kernel.org telah ditutup untuk penyelenggaraan kerana telah diserang dengan malware pada pelayan mereka. Kini, setelah beberapa minggu, laman Linux.com dan juga Linux Foundation turut diserang, di mana kini laman tersebut turut ditutup buat sementara waktu.

Khabarnya  beberapa data seperti nama pengguna, emel, dan juga kata laluan telah diceroboh melalui serangan ke atas laman Linux Foundation dan juga Linux.com, di mana kini pembangunnya telah pun menghantarkan emel kepada para penggunanya dengan beberapa langkah-langkah yang berkaitan.

Kemungkinan besar, pihak Linux Foundation mungkin akan mengubah kata laluan semua penggunanya dalam beberapa hari akan datang untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.


TIPS & ULASAN