Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang dinantikan oleh semua pengguna Windows Phone adalah kemaskini Mango daripada Microsoft. Kini, lanjutan daripada ura-ura mengatakan Mango bakal dilancarkan pada 15 Sepember, beberapa petanda baru turut menunjukkan bahawa perkara ini akan menjadi kenyataan.

Laporan salah satu sumber daripada Microsoft telah pun mengatakan yang mana minggu ini akan menjadi salah satu minggu utama untuk Windows Phone, di mana Mango akan dilancarkan untuk pengguna sedia ada. Beberapa hari sebelum ini, beberapa ROM untuk pengguna HTC turut telah mula tersebar, membolehkan mereka mencuba Mango terlebih dahulu.

Mungkinkah Mango bakal dilancarkan pada acara BUILD oleh Microsoft yang akan diadakan pada minggu ini? Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd