HTC Mengadakan Sebuah Acara Khas Pada 20 September

HTC Mengadakan Sebuah Acara Khas Pada 20 September

Diterbitkan pada Sep 12, 2011 oleh .

Nampaknya selain daripada pelancaran dua telefon pintar Windows Phone pada awal bulan ini, HTC juga bakal memperkenalkan sesuatu yang baru pada Selasa depan, iaitu 20 September. Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui apakah yang bakal dilancarkan oleh mereka, memandangkan akhir-akhir ini, beberapa peranti mereka mula kelihatan.

Selain daripada peranti mereka, HTC Sense 3.5 juga mula kelihatan rekabentuknya akhir-akhir ini. Namun begitu, ianya masih lagi tidak diketahui apakah yang bakal dilancarkan oleh HTC kelak. Beberapa ura-ura turut memperkatakan yang mana berkemungkinan HTC akan melancarkannya HTC Bliss pada acara tersebut.

Namun, apa pun, berkemungkinan kita akan dapat melihat lebih daripada satu perkara diumumkan oleh HTC pada acara tersebut. Sama-sama kita nantikannya pada 20 September kelak.


TIPS & ULASAN