Maxis Menawarkan Lebih 17000 Kad SIM Saudi Telecom Untuk Jemaah Haji Malaysia

Maxis Menawarkan Lebih 17000 Kad SIM Saudi Telecom Untuk Jemaah Haji Malaysia

Diterbitkan pada Sep 12, 2011 oleh .

Berbeza dengan sebelum ini, tahun ini Maxis bersama-sama Saudi Telecom bekerjasama dengan turut disokong oleh Tabung Haji bagi mengedarkan lebih 17,000 kad SIM khas untuk para jemaah haji pada tahun ini. Kad SIM khas ini membolehkan mereka menikmati lebih 40 minit masa bercakap dengan kredit permulaan sebanyak 25 Riyal.

Pada masa yang sama, Maxis juga akan menawarkan diskaun lebih 30% untuk jemaah haji yang mengaktifkan sokongan roaming, selain menawarkan pakej data tanpa had pada kadar RM48 sehari ketika mereka berada di Arab Saudi kelak. Tawaran istimewa Maxis ini sah bermula daripada Oktober ini hingga 15 Disember kelak.

Bagi menjayakan tawaran ini, Maxis dan Tabung Haji akan mengedarkan lebih 17,000 kad SIM secara percuma kepada semua jemaah haji di pelbagai lokasi, termasuk di Selangor, Terengganu, Kota Kinabalu, Johor Baharu, Pulau Pinang dan juga Kuching.


TIPS & ULASAN