Cari @ Amanz

Setelah dipra-lihatkan sebelum ini, hari ini Sony Ericsson Malaysia secara rasminya telah pun melancarkan dua peranti mini generasi baru, iaitu Xperia Mini dan juga Xperia Mini Pro, di mana kedua-dua peranti tersebut membawakan kelebihannya yang tersendiri, dan menggunakan sistem operasi Google Android 2.3 Gingerbread serta antaramuka khas yang dioptimasikan oleh Sony Ericcson.

Kedua-dua Xperia Mini dan Xperia Mini Pro ini meneruskan legasi yang diperkenalkan oleh keluarga Xperia X10 Mini pada tahun lepas. Kedua-duanya membawakan sokongan Mobile Bravia Engine, sokongan rakaman video HD, skrin sentuh bersaiz 3-inci. Membezakan Xperia Mini dan Xperia Mini Pro adalah dimana Xperia Mini Pro didatangkan dengan papan kekunci boleh luncur dalam bentuk QWERTY yang memfokuskan kepada kebolehan untuk menaip dengan cepat.

Xperia Mini dan Xperia Mini Pro boleh didapati daripada pengedar rasmi Sony Ericcson seluruh negara bermula daripada 19 September kelak, di mana Xperia Mini ditawarkan pada harga RM699 dan Xperia Mini Pro pada harga RM799.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd