Dengan hanya sehari lagi sebelum acara BUILD bakal diadakan, kini beberapa berita baru mengenainya mula kedengaran. Ia kini diperkatakan yang mana Microsoft bakal memberikan Windows 8 Build 8100 kepada para hadirin acara BUILD tersebut, dan berkemungkinan akan membolehkannya dimuat-turun dengan mudah oleh para pengguna seluruh dunia.
Windows 8 Build 81xx [via]
Seperti diperkatakan sebelum ini, Windows 8 yang bakal diberikan kepada umum itu kelak buat pertama kalinya adalah merupakan versi pembangunan, ataupun turut dikenali sebagai Developer Preview. Buat masa ini, masih belum diketahui bilakah Microsoft akan melancarkan versi Beta untuk Windows 8, memandangkan sebelum ini, untuk Windows 7, Microsoft telah memberikan Windows 7 Beta kepada semua hadirin PDC 2009.
Selain daripada itu, Microsoft juga pada masa yang sama turut diperkatakan akan memberikan sebuah tablet khas daripada Samsung yang didatangkan bersama-sama Windows 8 kepada para hadirin di acara BUILD.
Kami di Amanz akan membawakan perkembangan semasa dari acara tersebut bermula daripada sekitar pukul 1 pagi 14 September kelak.