Google Groups Turut Membawakan Antaramuka Baru

Google Groups Turut Membawakan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada Sep 12, 2011 oleh .

Setelah GMail, Google Docs dan beberapa produk dan perkhidmatan Google menerima antaramuka baru laman mereka, hari ini Google turut memperkenalkan antaramuka baru mereka untuk Google Groups. Bermula hari ini, para pengunjung Google Groups boleh menguji rekabentuk baru ini, dan turut mengaktifkannya pada panel mereka.

Pada masa yang sama, ia turut diperkatakan yang mana perubahan pada Google Groups turut memberikan idea awal mengenai perubahan yang bakal diperkenalkan pada Google Reader kelak. Buat masa ini, Google Reader masih membawakan antaramuka yang lama, dan mungkin tidak lama lagi, kita akan dapat melihat perubahan baru padanya.


TIPS & ULASAN