Lowyat.net Melancarkan Laman Baru Memfokuskan Wanita – Lipstiq.com

Lowyat.net Melancarkan Laman Baru Memfokuskan Wanita – Lipstiq.com

Diterbitkan pada Sep 12, 2011 oleh .

Setelah berjaya menjadi forum dan komuniti nombor satu negara, kini Lowyat.net secara rasminya telah melancarkan laman baru mereka yang memfokuskan kepada para pengguna wanita, iaitu Lipstiq.com, membawakan pelbagai perkembangan terkini berkaitan dunia-dunia wanita, daripada fesyen, sehingga pelbagai tips kecantikkan.

Melalui Lipstiq.com, ianya bakal membawakan pelbagai berita terkini berkaitan pelbagai acara menarik yang melibatkan wanita di Malaysia, serta pada masa yang sama berkongsikan pelbagai perkara berkaitan trend-trend semasa, tips kecantikan, tips pemakanan, selain pada masa yang sama turut menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh pengunjung.

Para pengguna yang berminat boleh melayari laman rasmi Lipstiq.com ataupun mengikuti perkembangan mereka dengan mudah melalui akaun Twitter @Lipstiqdotcom.


TIPS & ULASAN