Carian
Slaid Persembahan GoMeasure Kuala Lumpur 2011 Kini Boleh Dilihat Oleh Semua
September 12, 2011 Aman

Bagi yang mengikuti perkembangan Google Malaysia, mungkin anda sedia maklum yang mana pada minggu lepas, Google Malaysia telah mengadakan sebuah acara khas mempromosikan penggunaan dan tips-tips menggunakan Google Analytics kepada para pengguna dan pembangun tempatan. Dan hari ini, Google telah pun menawarkan fail-fail persembahan mereka untuk diikuti oleh para pengguna yang terlepas acara tersebut.

GoMeasure merupakan salah satu acara tahunan Google, dimana melaluinya mereka berkongsikan pelbagai tips untuk memaksimakan penggunaan Google Analytics, disamping membolehkan penggunanya meningkatkan pendapatan mereka, dengan lebih mengoptimasikan laman web mereka.

Kini, semua fail persembahan tersebut boleh dibaca, dan dimuat-turun oleh para pengguna untuk dibuat rujukan pada masa depan. Berikut merupakan senarai penuh fail-fail persembahan yang telah dibentangkan oleh Google pada GoMeasure Kuala Lumpur 2011 tempoh hari;

  1. GoMeasure 2011 Keynote – John Jersin
  2. URL Tagging & Campaign Variables
  3. Defining and Completing Goals – Timo Josten
  4. Measuring The Mobile Visitor – Nash Islam
  5. Measuring Social – John Jersin
  6. Measuring Trends – Nagalakshmi V
  7. Defining and Completing Goals – Timo Josten
  8. Landing Pages That Work – Vijay Ayyar
  9. Designing for Conversions – Jereme Wong
  10. Mobile Landing Page and Site Usability Tips – Marc Woo
  11. Page Speed Light, Speed Path To Conversions – John Jersin
  12. Google Analytics Certified Partner Program – Timo Josten
  13. 12 For 2012 – Vinoaj Vijeyakumaar
Komen