Maaduu Ke Singapura – Aplikasi iOS Dan Android Bakal Dilancarkan

Maaduu Ke Singapura – Aplikasi iOS Dan Android Bakal Dilancarkan

Diterbitkan pada Sep 12, 2011 oleh .

Mungkin semua peminat drama Korea tempatan sedia maklum dengan perkhidmatan Maaduu, yang menawarkan video drama dan filem dari Korea secara percuma, terus melalui pelayar web. Kini, nampaknya, perkhidmatan yang dikhaskan untuk para pengguna Malaysia turut diperluaskan kepada pengguna di negara jiran, iaitu Singapura.

Pada masa yang sama, ianya turut diperkatakan yang mana Maaduu kini dalam pembangunan aplikasi mudah-alih mereka untuk para pengguna iPhone, iPad dan juga Android. Namun begitu, tarikh pelancaran rasminya masih tidak diketahui buat masa ini. Tetapi daripada kemaskini di Facebook Maaduu, ianya seperti akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Buat masa ini, Maaduu menggunakan Flash untuk memainkan video-video mereka pada pelayar web desktop, dan mungkin perubahan akan diperkenalkan supaya ianya menyokong platform iOS.

Baru-baru ini Maaduu turut sama telah menyambut ulang-tahun pertama mereka, dan mungkin lebih banyak perkara yang akan diperkenalkan oleh mereka pada tahun kedua operasi mereka kini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN