Cari @ Amanz

Kini, mula diperkatakan bahawa HTC iaitu salah satu pengeluar utama peranti Android dari Taiwan dalam proses untuk mencari alternatif untuk Android dan dalam perbincangan untuk membeli sebuah sistem operasi mudah alih. Namun begitu, ianya masih lagi tidak diketahui apakah yang mereka ingin beli ataupun akan digunakan oleh mereka.

Walaubagaimanapun, perkembangan ini masih dalam perbincangan awal, dan tidak diketahui lagi adakah ianya akan terjadi ataupun tidak. Seperti sedia maklum, buat masa ini, hanya webOS sahaja yang dikatakan untuk dijual, dan mungkinkah HTC akan memilih webOS? Selain daripada itu, alternatif lain sekiranya perkara ini benar adalah dimana HTC boleh menyokong pembangunan MeeGo, ataupun mulakan pembangunan mereka sendiri, berdasarkan daripada kod Android sedia ada.

Perkara mengenai alternatif Android kini sedang hangat diperkatakan, sejak daripada Google mengambil-alih Motorola sebelum ini. Samsung seperti sedia maklum, telah mempunyai sistem operasi mereka sendiri, iaitu BadaOS, dan Nokia yang sedia mempunyai Symbian serta mempunyai perjanjian dengan Microsoft untuk Windows Phone.

Jadi, mungkinkah HTC akan mengambil-alih webOS?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd