Ultrabook Daripada Lenovo Di Pasaran Malaysia Pada Oktober Ini?

Ultrabook Daripada Lenovo Di Pasaran Malaysia Pada Oktober Ini?

Diterbitkan pada Sep 12, 2011 oleh .

Mungkin ramai yang menantikan ketibaan ultrabook di Malaysia, dan kini ia kedengaran yang mana Lenovo bakal menjadi antara yang terawal melancarkan ultrabook mereka di Malaysia pada bulan Oktober ini. Model ultrabook daripada Lenovo yang bakal mula dijual di Malaysia kelak adalah Lenovo IdeaPad U300s.

Lenovo IdeaPad U300s itu didatangkan dengan pilihan Intel Core i5 dan juga i7, skrin seluas 13.3-inci, memori sehingga 4GB RAM, dan juga Windows 7 Home Premium bersama-sama dengannya. Buat masa ini, harga jualannya di Malaysia masih lagi tidak diketahui, namun mungkin kita akan ketahui lebih lanjut mengenainya apabila tarikh pelancarannya semakin dekat.

Sama-sama kita nantikan bulan Oktober untuk pengumuman lanjut mengenai ultrabook daripada Lenovo ini.


TIPS & ULASAN