Pengumuman Utama Pada BUILD Akan Disiarkan Secara Langsung Melalui Web

Pengumuman Utama Pada BUILD Akan Disiarkan Secara Langsung Melalui Web

Diterbitkan pada Sep 13, 2011 oleh .

Ramai yang sedia menantikan acara BUILD yang akan diadakan dalam tempoh kurang 25 jam lagi, dimana pada acara tersebut, lebih maklumat berkaitan dengan sistem operasi generasi baru daripada Microsoft, iaitu Windows 8 dijangka akan diketahui. Dan menariknya, melalui kemaskini Twitter, Microsoft turut mengumumkan yang mana ianya akan ditawarkan secara langsung melalui web untuk semua.

Acara tersebut akan ditayangkan untuk dua hari, iaitu pada 13 September dan juga 14 September, pada pukul 1 pagi waktu Malaysia. Namun begitu, bukan keseluruhannya akan diperlihatkan, tetapi hanyalah pengumuman utama mereka pada kedua-dua hari tersebut.

Kami sendiri di Amanz Network akan membawakan pelbagai kemaskini semasa secara langsung pada masa tersebut, selain turut sama boleh menonton acara tersebut secara langsung melalui pelayar web anda.

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Microsoft, selain daripada Windows 8.

Watch the BUILD keynotes live from the BUILD website, 9am PDT on Sept 13 & day 2 keynote at the same time on Sept 14. http://t.co/SDr4f7mless than a minute ago via TweetDeck Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN