Bloapp Membolehkan Anda Mengubah Blog Anda Ke Bentuk Aplikasi iPhone

Bloapp Membolehkan Anda Mengubah Blog Anda Ke Bentuk Aplikasi iPhone

Diterbitkan pada Sep 13, 2011 oleh .

Membangunkan aplikasi iPhone khas untuk sesuatu blog mungkin agak sukar sebelum ini, tetapi kini dengan aplikasi berasaskan web, iaitu BloApp yang dibangunkan oleh Infindo Technology, perkara tersebut dimudahkan, dan seseorang penulis blog boleh membangunkan aplikasi iPhone mereka sendiri dalam masa kurang 5 minit.

Melalui aplikasi Bloapp itu, ianya hanya memerlukan para pengguna memasukkan maklumat mengenai RSS sesuatu blog, dan seterusnya memilih tema yang dikehendaki, serta membolehkan para penggunanya turut memuat-naik logo dan sebagainya, sebelumnya ianya dibina. Sebaik sahaja ianya selesai ianya akan mempamerkan sebuah kod QR khas yang anda boleh kongsikan bersama rakan-rakan yang lain, dimana ianya akan ditambah pada aplikasi Bloapp, dan mempamerkan blog anda sebagai salah satu aplikasi melalui aplikasi Bloapp untuk iPhone.

Pada masa yang sama, Bloapp juga turut sama membolehkan para penggunanya menyertakan maklumat iklan pada aplikasi yang dibangunkan, sekaligus membolehkan anda menjana pendapatan melaluinya.

Pembangunnya yang berpangkalan di Petaling Jaya turut mengatakan yang mana mereka akan melancarkan aplikasi web serupa untuk Android dan akan menyokong lebih platform tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN