Cari @ Amanz

Setelah DiGi dan Celcom memperkenalkan pakej dan pelan mereka untuk BlackBerry Bold 9900,  kini Maxis turut sama melancarkan pelan mereka untuk BlackBerry Bold 9900. Tawaran mereka bermula pada harga serendah RM1390 bersama BIS Pro dengan kontrak selama 24 bulan.

Untuk pelan daripada Maxis, mereka menawarkan dua pilihan, iaitu BIS Pro dan juga BIS Standard. BIS Pro memberikan para pengguna dengan penggunaan sebanyak 3GB data untuk RM90 sebulan, manakala BIS Standard menawarkan 500MB pada harga RM55 sebulan. Tawaran kontrak selama 12 bulan dan juga 24 bulan turut diberikan oleh Maxis.

Selain daripada Maxis, para pengguna yang berminat turut boleh mendapatkannya terus melalui pengedar rasmi BlackBerry pada harga RM2188 tanpa sebarang kontrak dan perjanjian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd