Cari @ Amanz

Selepas memperkenalkan aplikasi Dolphin Browser untuk para pengguna iPhone, kini pembangunnya turut memperluaskan pelayar web tersebut, dengan mengoptimasikannya khas untuk iPad. Ini membolehkan para pengguna iPad turut sama menggunakan aplikasi Dolphin Browser HD, yang mana membawakan pelbagai fungsi menarik seperti mana terdapat pada versi Android.

Melalui Dolphin Browser untuk iPad ini, ianya berfungsi lebih pantas berbanding Safari yang didatangkan bersama-sama iPad, selain dioptimasikan sepenuhnya untuk pengguna skrin sentuh, serta mempunyai sokongan gesture yang lebih menarik padanya, berbanding pada Suggest.

Selain daripada itu, aplikasi iPad Dolphin Browser ini juga turut didatangkan bersama-sama dengan sokongan Webzine, yang mana menawarkan para pengguna untuk membaca kandungan web dengan mudah, sama seperti mereka membaca di Flipboard.

Para pengguna iPad yang berminat boleh memuat-turun aplikasi Dolphin Browser untuk iPad ini, dan mungkin kelak ianya akan mengantikan pelayar web Safari pada iPad anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd