Dealmates Menandatangani Perjanjian Pelaburan Bersama Intel Capital

Dealmates Menandatangani Perjanjian Pelaburan Bersama Intel Capital

Diterbitkan pada Sep 13, 2011 oleh .

Nampaknya, dunia tawaran harian dan pembelian berkumpulan di Malaysia terus menarik, dimana selain daripada Groupon dan Living Social yang telah pun memasuki pasaran Malaysia, kini Dealmates terus mengukuhkan kedudukan mereka di Malaysia dengan menerima pelaburan daripada Intel Capital dalam usaha terus memperluaskan perniagaan Dealmates.

Walaubagaimanapun, jumlah pelaburan yang dilakukan oleh Intel Capital kepada Dealmates tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak. Dealmates telah dilancarkan pada tahun ini, hasil kerjasama oleh Catcha Group dan juga Mindvalley.

Menurut Dealmates, pada bulan Mei yang lepas, mereka telah pun melangkaui lebih 100,000 pengguna, dan menjana lebih RM800,000 sebulan. Kini, dengan pelaburan baru ini, berkemungkinan mereka akan terus memperluaskan perkhidmatan mereka ke negeri-negeri lain di Malaysia, dan pada masa yang sama terus memperkukuhkan kedudukan mereka di Malaysia.

Tips awal daripada MKN


TIPS & ULASAN