Seperti mana yang dinantikan, hari ini secara rasminya, Nokia Malaysia telah pun melancarkan peranti MeeGo mereka yang dinantikan sekian lama, iaitu Nokia N9 di pasaran Malaysia. Walaubagaimanapun, ianya masih belum mula dijual, dan dijangka akan mula bermula Oktober kelak.
Melalui Nokia N9, ianya membawakan peranti tanpa sebarang butang, dan membawakan antaramuka yang menarik dan mesra skrin sentuh. Selain daripada MeeGo yang dioptimasikan khas untuk Nokia N9, peranti terbaru daripada Nokia ini juga turut sama membawakan kamera 8-megapixel, sokongan NFC untuk pperkongsian fail dan bermain permainan. Nokia N9 juga turut membawakan peta dalam bentuk 3D untuk memudahkan anda mengenali tempat-tempat baru dan menggunakannya dalam navigasi.
Di Maaysia ianya akan mula dijual kepada umum bermula minggu awal Oktober kelak. Nokia N9 16GB akan dijual pada harga RM1799 dan 64GB pada harga RM2088. Dan seperti diperkatakan sebelum ini, ianya akan turut ditawarkan oleh DiGi, Celcom dan juga Maxis dengan pelan khas, selain turut dijual secara berasingan.