Pendaftaran Untuk Google DevFest Kuala Lumpur Dibuka

Pendaftaran Untuk Google DevFest Kuala Lumpur Dibuka

Diterbitkan pada Sep 13, 2011 oleh .

Seperti diperkatakan sebelum ini, pihak Google telah pun membuka pendaftaran untuk Google DevFest Kuala Lumpur yang bakal diadakan pada 29 September nanti. Walaubagaimanapun, maklumat mengenai lokasi yang bakal ia berlangsung dan agendanya masih belum dikeluarkan, dan mungkin akan dikeluarkan dalam masa beberapa hari lagi.

Bagi para pembangun, Google Devfest merupakan salah satu platform menarik dimana mereka boleh pelajari pelbagai perkara berkaitan teknologi Google dan produk Google untuk pembangun dengan lebih mendalam lagi. Dan seperti dimaklumkan sebelum ini, pendaftaran untuk Google Devfest adalah terhad, dan hanya dibuka yang mendaftar dulu sahaja.

Kami dari Amanz berkemungkinan akan membawakan kemaskini semasa daripada acara tersebut secara langsung kepada para pembaca Amanz. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN