Selain daripada menekankan teknologi NFC, kini Nokia juga ingin mengintegrasikan peranti mereka ke dalam kereta, dengan memperkenalkan sebuah aplikasi Nokia Car Mode, yang mana melaluinya, ianya memudahkan para pemandu untuk menggunakan dan mengakses beberapa perkara menarik, termasuk sokongan navigasi, kemaskini trafik, dan menerima panggilan dan mendengar lagu dengan mudah dalam kenderaan.
Aplikasi yang dibangunkan dalam bahasa QT itu akan menyokong semua peranti Symbian Belle dan juga Nokia N9 yang baru dilancarkan di Malaysia hari ini. Untuk menjayakan perkara ini, Nokia menggunakan MirrorLink untuk menghubungkan telefon pintar kepada paparan didalam kereta, sekaligus memudahkan anda menggunakannya.
Mungkinkah dengan ini, ianya akan memberikan impak besar kepada pengeluar GPS buat masa ini, apatah lagi Nokia mempunyai sistem pemetaan mereka yang jauh lebih menarik berbanding pengeluar-pengeluar lain.