Cari @ Amanz

Nampaknya, Celcom sekali lagi membuat promosi khas kepada para pengguna mereka untuk mendapatkan peranti BlackBerry Torch 9860 pada harga RM88 sahaja. Namun begitu, seperti yang dilakukan untuk Galaxy Tab 10.1 sebelum ini, hanya 20 pelanggan bertuah sahaja akan mendapatkannya pada harga tersebut, sebaliknya 180 pelanggan pertama yang lain boleh mendapatkannya pada harga RM688.

BlackBerry Torch 9860 dijual dengan harga pasaran Malaysia pada harga RM1588. Untuk promosi khas ini, Celcom menawarkannya bersama-sama dengan pelan bermula RM88 sebulan dengan kontrak penggunaan selama 12 bulan.

Mereka yang berminat untuk mendapatkannya pada harga tawaran, boleh dapatkannya daripada Red Carpet, The Strand, Kota Damansara, pada 15 September ini bermula 12 tengah hari. Selain daripada promosi BlackBerry Torch, Celcom juga turut sama menawarkan Blackberry Bold 9900 dan BlackBerry PlayBook pada harga serendah RM2,188 kepada para hadirin untuk acara tersebut.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd