Microsoft Memperlihatkan Windows 8 Dengan Antaramuka Metro

Microsoft Memperlihatkan Windows 8 Dengan Antaramuka Metro

Diterbitkan pada Sep 14, 2011 oleh .

Dengan pengumuman rasmi Microsoft berkenaan dengan Windows 8, semestinya ramai yang ternantikan untuk mengetahui apakah perkara baru yang dibawakan oleh Microsoft oleh sistem generasi baru mereka itu. Salah satu perubahan drastik yang dibawakan oleh Windows 8 kelak adalah prestasi penggunaannya yang lebih baik dan lancar berbanding Windows 7, selain turut membawakan antaramuka yang serba baru bersama-sama dengannya.

Antaramuka Metro

Windows 8 membawakan antaramuka Metro seperti mana yang diperlihatkan sebelum ini, yang dioptimasikan sepenuhnya untuk menyokong pelbagai peranti sentuh, selain mana turut menyokong desktop biasa, membawakan sokongan navigasi yang lebih mudah dan kemas berbanding sebelumnya.

Internet Explorer 10

Salah satu aplikasi utama yang bakal dilancarkan bersama-sama dengan Windows 8 kelak adalah Internet Explorer 10, yang mana akan menjadi salah satu teras utama untuk peranti Windows 8. Pada masa yang sama, IE 10 juga dioptimasikan sepenuhnya untuk skrin sentuh, dan diperkatakan tidak akan menyokong Windows Vista dan sebelumnya, dan hanya akan diperkenalkan untuk Windows 7 dan didatangkan bersama-sama dengan Windows 8.

Aplikasi

Bersama-sama dengan antaramuka Metro, Windows 8 juga turut mengutamakan kepada penggunaan aplikasi, yang mana mengunakan paparan skrin sepenuhnya, serta membawakan pengalaman menggunakan sesuatu aplikasi ke tahap yang lebih baik berbanding sebelumnya. Selain daripada itu, menariknya, setiap aplikasi juga turut sama boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan mudah, dan boleh di sync ke perkhidmatan awan seperti Skydrive dengan senang dan pantas.

Lebih Baik Daripada Windows 7

Ini merupakan salah satu perkara yang semestinya ramai yang sedia ketahui. Melalui Windows 8, Microsoft membawakan peningkatan prestasi, keselamatan, sekuriti dan juga privasi yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Windows 8 turut memerlukan spesifikasi yang lebih rendah berbanding Windows 7 untuk digunakan, serta mengoptimasikan penggunaan CPU dan memori secara maksimum berbanding Windows 7.

Windows Store

Melalui Windows Store, para pengguna boleh memuat-turun semua aplikasi dan perisian yang diperlukan mereka dengan mudah, dan pada masa yang sama, para pembangun juga boleh menggunakan platform ini untuk memperluaskan penyampaian aplikasi dan perisian mereka kepada para pengguna seluruh dunia.

Sokongan ARM

Seperti mana yang diperkatakan, Windows 8 bakal menyokong cip berasaskan ARM, selain pada masa yang sama turut menyokong sistem 32-bit dan juga 64-bit, serta sokongan skrin bersaiz daripada 10-inci sehingga ke 27-inci.

Muat-Turun

Microsoft dijangka akan membolehkan para pengguna seluruh dunia memuat-turun fail ISO dan beberapa fail berkaitan lain yang diedarkan pada BUILD 2011 hari ini bermula daripada pukul 11 pagi waktu Malaysia, dan akan dibuka secara berperingkat kepada semua.

Terima kasih Microsoft


TIPS & ULASAN