Facebook Memperkenalkan Fungsi Lists Yang Ditambah-Baik

Facebook Memperkenalkan Fungsi Lists Yang Ditambah-Baik

Diterbitkan pada Sep 14, 2011 oleh .

Seperti yang pernah di perkatakan sebelum ini, kini Facebook sendiri telah mengumumkan fungsi senarai rakan-rakan yang ditambah baik dengan beberapa fungsi baru tambahan, seperti Smart Lists dan sebagainya, sekaligus memudahkan para pengguna untuk menggunakan Facebook, dan mengawal kemaskini status mereka supaya boleh dilihat oleh siapa yang dikehendaki mereka sahaja.

Untuk menjayakannya, Facebook akan secara automatik membina Smart Lists untuk beberapa kategori, termasuk untuk rakan-rakan kerja, sekolah, keluarga dan juga rakan di bandar yang sama. Dengan itu, ianya akan membolehkan anda menguruskan rakan-rakan dengan mudah dan mengikuti kemaskini mereka dengan senang.

Menurut Facebook, fungsi ini akan mula diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna bermula minggu ini.


TIPS & ULASAN