Kini, ianya boleh dikatakan pelbagai pautan yang dikongsikan bersama oleh ramai orang melalui Twittter, dan semestinya para pembangun dan juga pemilik sesuatu web ingin mengetahui berapakah trafik dan juga pengunjung yang datang ke web mereka melalui Twitter. Untuk perkara tersebut, kini Twitter memperkenalkan Twitter Web Analytics.
Twitter Web Analytics telah dibangunkan dengan jayanya lanjutan daripada pembelian BackType oleh Twitter pada bulan Julai yang lepas. Melalui Twitter Web Analytics, ianya akan membolehkan para pembangun web mengetahui berapa banyak kandungan web mereka dikongsikan di Twitter, serta ketahui akan pengunjung yang hadir ke laman mereka daripada Twitter, serta dengan mudah mengukur keefektifan butang Tweet pada laman mereka.
Sebagai permulaan, Twitter Web Analytics ini hanya akan ditawarkan kepada beberapa rakan kerjasama Twitter terlebih dahulu, dan hanya akan diperkenalkan kepada semua pengguna dalam masa beberapa minggu akan datang lagi. Twitter Web Analytics API juga dijangka akan dilancarkan untuk para pembangun aplikasi Twitter tidak lama lagi.
Tips awal daripada Arif Ishak