Maxis Memperlihatkan Pakej Dan Pelan Untuk Bold 9900 Dan Torch 9810 Secara Rasmi

Maxis Memperlihatkan Pakej Dan Pelan Untuk Bold 9900 Dan Torch 9810 Secara Rasmi

Diterbitkan pada Sep 14, 2011 oleh .

Akhirnya, setelah pakej untuk BlackBerry Bold 9900 diperlihatkan sebelum ini, kini kelihatan yang mana Maxis telah pun mengemaskini halaman rasmi BlackBerry mereka, menambah dua peranti baru padanya, iaitu BlackBerry Bold 9900 dan juga BlackBerry Torch 9810, yang mana masing-masing didatangkan dengan pakej BIS Pro dan juga BIS Standard.

Seperti sedia maklum, kedua-duanya membawakan sistem operasi BlackBerry 7 OS dan diatangkan dengan cip pemprosesan 1.2GHz, serta kamera 5 megapixel dengan sokongan rakaman 720p.

Untuk BlackBerry Bold 9900 yang membawakan papan kekunci QWERTY dengan sokongan skrin sentuh, serta NFC padanya, ianya ditawarkan pada harga serendah RM1390 dengan pakej BIS Pro yang memerlukan komitmen bulanan sebanyak RM90 selama 24 bulan. BlackBerry Bold 9900 turut dijual secara berasingan pada harga RM2188 tanpa sebarang kontrak dan perjanjian.

Berbeza pula untuk BlackBerry Torch 9810, yang membawakan sokongan skrin sentuh serta papan kekunci QWERTY boleh luncur padanya. Peranti yang berharga RM1988 itu dijual pada harga serendah RM1350 bersama-sama dengan pakej Maxis BIS Pro.

Maxis turut sama menawarkan kedua-dua peranti ini tanpa sebarang kontrak pada harga asal, dengan langganan pakej prabayar BIS mereka.


TIPS & ULASAN