Windows 8 Dev-Preview Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Semua

Windows 8 Dev-Preview Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Semua

Diterbitkan pada Sep 14, 2011 oleh .

Nampaknya lebih awal daripada apa yang dijangkakan, kini Microsoft telah pun membolehkan para pengguna seluruh dunia untuk memuat-turun Windows 8 versi pembangunan dalam bentuk ISO secara terus daripada laman mereka. Ianya kelihatan, Microsoft menyediakan tiga pautan berbeza mengikut pilihan versi Windows 8 yang ingin diuji oleh seseorang pengguna.

Untuk makluman semua pengguna, versi yang dilepaskan oleh Microsoft ini adalah versi pra-beta, dan berkemungkinan ianya tidak menyokong beberapa aplikasi dan perisan semasa. Microsoft juga mencadangkan untuk membuat pemasangan baru, dan bukannya mengemaskini pemasangan Windows 7 sedia ada.

Untuk para pembangun, Microsoft mendatangkan Windows 8 Dev-Preview bersama-sama beberapa aplikasi tambahan untuk pembangun pada saiz 4.8GB, ataupun mereka yang sekadar ingin menguji beberapa perkara baru pada Windows 8, mungkin boleh mendapatkannya dalam variasi Windows 8 Dev-Preview 64-bit bersaiz 3.6GB ataupun Windows 8 Dev-Preview 32-bit bersaiz 2.8GB.

Muat-turun Windows 8 Dev-Preview sekarang.

Untuk menggunakan versi pembangunan ini juga, para pengguna hanya sekadar memerlukan cip pemprosesan 1GHz atau yang terkini, dengan sokongan 1GB RAM untuk 32-bit atau 2GB untuk 64-bit, ruangan sebanyak 16GB, dan juga sokongan peranti grafik DirectX 9.


TIPS & ULASAN