Cari @ Amanz

Salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah telefon pintar Android daripada Yes, dan kini salah satu gambar awal memperlihatkan peranti tersebut telah pun mula kelihatan, dan ianya diperkatakan yang mana peranti Android tersebut bakal dilancarkan oleh Yes tidak lama lagi. Pada masa yang sama, turut diperkatakan adalah dimana Yes juga turut sama akan mengeluarkan lagi satu peranti Android lain, didatangkan dengan spesifikasi lebih tinggi.

Peranti Android daripada Yes yang kelihatan ini diperkatakan mensasarkan pasaran pengguna biasa dengan spesifikasi sederhana. Ianya disasarkan akan membawakan skrin sentuh bersaiz 4.1-inci. Telefon pintar Yes ini sendiri akan membawakan beberapa perubahan padanya, serta menyertakan Yes Life bersama-sama dengan telefon tersebut.

Telefon Android daripada Yes ini juga akan membawakan sokongan dwi-radio, iaitu 3G dan juga 4G. Menariknya, ianya dioptimasikan sepenuhnya untuk penjimatan bateri. Harga jualan dan juga versi Android yang digunakan oleh peranti tersebut masih tidak diketahui buat masa ini, tetapi ianya diperkatakan yang mana peranti ini bakal dilancarkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd