Hari ini, ianya kelihatan yang mana semua akaun Facebook milik pihak KRU telah pun digodam dan diambil-alih oleh pihak lain. Pada masa yang sama, akaun Twitter juga dilihat telah diambil-alih oleh pihak RileksCrew, dan masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak KRU dikeluarkan berkaitan dengannya.
Antara halaman milik pihak KRU yang dilihat telah diambil-alih adalah termasuk KRUTV, Yusry Abdul Halim, UTD Studios, dan juga KRU Studios. Bagi Twitter pula, ianya kelihatan yang mana akaun milik Norman Abdul Halim telah pun diambil-alih oleh Rileks Crew. Berikut merupakan senarai penuh laman Facebook milik KRU yang digodam:
- KRU TV
- Yusry Abdul Halim
- Norman Abdul Halim
- Edry Abdul Halim
- Cinta Kura-kura
- UTD Studios
- KRU Studios
- Hikayat Merong Mahawangsa
- KRU Page
- Vikingdom
- Ribbit The Movie
- Magika
- Karak The Movie
Ianya tidak diketahui bagaimanakah akaun-akaun ini telah digodam, namun kami mensasarkan perkara ini mungkin berlaku disebabkan kesemua ini ditadbir dibawah satu akaun Facebook yang sama.
Tips awal daripada Syazwan, Ahmad Zahier dan juga KenaHack