Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia maklum akan dengan syarikat pembangun aplikasi mudah-alih Terato Tech. Ia kini kelihatan yang mana tidak lama lagi, berkemungkinan mereka akan mengeluarkan lebih banyak permainan mudah-alih daripada mereka, memandangkan kelihatan yang mana kini mereka sedang mencari lebih 15 pembangun permainan.

Sehingga kini, Terato Tech telah mengeluarkan beberapa permainan mudah-alih untuk platform Android dan juga iOS. Antaranya adalah Qalvinius dan juga Octo Explorer. Pada masa yang sama juga, Terato Tech diperkatakan sedang dalam pembangunan salah satu permainan aksi berlatarkan nusantara. Namun masih tidak diketahui bilakah ianya akan dikeluarkan kepada umum.

Dan, dengan pencarian lebih 15 orang pembangun permainan mudah-alih menyertai pasukan mereka, berkemungkinan kita akan dapat melihat lebih banyak permainan dikeluarkan oleh mereka dalam tahun akan datang. Apatah lagi, baru-baru ini ia turut kelihatan mereka telah mendaftarkan syarikat di Amerika Syarikat untuk memperluaskan syarikat mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd