Nizam Razak – Pengarah Awal Siri Upin & Ipin Dan Boboiboy Menerima Anugerah Tokoh Negara

Nizam Razak – Pengarah Awal Siri Upin & Ipin Dan Boboiboy Menerima Anugerah Tokoh Negara

Diterbitkan pada Sep 14, 2011 oleh .

Mungkin semua kenali akan Nizam Razak yang mana sebelum ini telah mengarahkan filem Geng : Pengembaraan Bermula, yang mana telah pun meninggalkan syarikat Les Copaque dan kini telah pun memulakan syarikat baru beliau sendiri, Animonsta, dengan produk terbaru mereka, animasi BoBoiBoy dalam bentuk 3D. Bersempena dengan Hari Malaysia dan sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal diadakan, beliau akan dianugerahkan sebagai Tokoh Negara untuk tahun ini.

Beliau yang merupakan salah seorang bekas pelajar Universiti Multimedia (MMU) bakal menerima anugerah tersebut sebagai salah satu penghargaan beliau ke atas industri multimedia dan kreatif tempatan.

Sebelum memulakan syarikat Animonsta pada tahun 2009, Nizam Razak merupakan salah seorang pengasas awal syarikat Les Copaque, dimana beliau telah disana sejak daripada Disember 2005 sehingga ke bulan September 2009, atau lebih kurang 3 tahun 10 bulan, dimana padanya, beliau telah menjadi pengarah untuk filem 3D terkemuka negara, Geng : Pengembaraan Bermula, serta pengarah untuk siri Upin dan Ipin untuk musim pertama, kedua dan sebahagian daripada musim ketiga.

Gambar oleh TheSharkox


TIPS & ULASAN