Carian
Celcom Menawarkan Kandungan Digital Kepada Para Penggunanya Melalui TheCube
September 14, 2011 Aman

Selain menawarkan beberapa peranti pintar akhir-akhir ini, Celcom juga bakal melancarkan sebuah portal khas yang menawarkan muat-turun kandungan digital seperti lagu, permainan dan sebagainya dengan mudah. Buat masa ini, portal yang dinamakan sebagai TheCube itu sudah pun boleh diakses, tetapi masih belum dilancarkan secara rasminya oleh Celcom.

Antara produk utama yang ditawarkan melalui laman The Cube itu adalah lagu bermula dari serendah RM0.99, permainan, grafik dalam bentuk MMS, Call-Me-Tone, dan juga Fun-Talk Dedication. Namun begitu, ianya tidak dibuka kepada semua, sebaliknya hanya dikhaskan kepada para pengguna Celcom sahaja buat masa ini.

Ianya tidak diketahui bilakah The Cube ini akan dilancarkan secara rasminya. Tetapi para pengguna Celcom sudah pun boleh mengakses laman tersebut, dan memuat-turun kandungan yang dikehendaki dengan mudah dan pantas.

Tips awal daripada RotiKaya.

Komen