Cari @ Amanz

Selain daripada versi pembangunan Windows 8 yang dilepaskan hari ini, ianya juga turut kelihatan sama yang mana pembangun permainan terkemuka, EA Games telah pun melepaskan demo permainan untuk permainan bola sepak mereka yang dinantikan selama ini, iaitu FIFA 2012. Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turunnya untuk PC, Xbox 360 dan juga PS3 secara percuma bermula hari ini.

Pada masa yang sama, Electronic Arts turut memperlihatkan yang mana permainan tersebut bakal dilancarkan secara rasminya pada 30 September 2011 kelak. Sebelum ini, permainan FIFA 2012 ini telah pun diperlihatkan kepada umum ketika acara Gamescom tempoh hari.

Selain daripada FIFA 2012 yang bakal dilancarkan pada penghujung bulan ini, pesaing terdekatnya, Konami turut sama bakal melancarkan PES 2012 pada bulan Oktober kelak. Walauapapun, para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun FIFA 2012 Demo terlebih dahulu hari ini, sebelum membeli versi penuhnya pada penghujung bulan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd