HTC Memperkenalkan HTC Sensation XE Dengan Integrasi Teknologi Beats

HTC Memperkenalkan HTC Sensation XE Dengan Integrasi Teknologi Beats

Diterbitkan pada Sep 14, 2011 oleh .

Setelah pembelian sebahagian pegangan dalam Beats Electronics, kini hari ini HTC secara rasminya memperkenalkan peranti baru mereka dari keluarga HTC Sensation, iaitu HTC Sensation XE yang mana juga merupakan peranti pintar mereka pertama yang menggunakan teknologi audio Beats.

Melalui HTC Sensation XE, ianya membawakan cip pemprosesan dwi-teras sepantas 1.5GHz, dan membawakan kualiti audio yang amat tinggi, sesuai untuk mendengar lagu, bermain permainan dan sebagainya. Sensation XE turut sama membawakan skrin seluas 4.3 Super LCS qHD sama seperti versi sebelumnya, serta kamera 8-megapixel di belakang, dan kamera hadapan VGA untuk panggilan video dan sebagainya.

Harga jualan HTC Sensation XE di Malaysia masih lagi tidak diketahui, tetapi menurut HTC, jualan peranti tersebut di rantau Asia Pasifik akan bermula daripada penghujung bulan September ini.


TIPS & ULASAN