Setelah memulakan pra-daftar dan melalui pelbagai fasa ujian, kini akhirnya, secara rasminya pihak Domain Registry telah pun membuka pendaftaran nama domain .my dalam tulisan Jawi, Cina dan juga Tamil kepada semua pelanggan sedia ada DomainRegistry. Dan menariknya adalah dimana untuk tahun pertama, para pengguna tidak perlu membayar sebarang yuran pendaftaran untuknya.
Untuk domain dalam tulisan Jawi, Cina dan juga Tamil ini, para pelanggan sedia ada DomainRegistry.my perlu mendaftarkan terus melalui mereka, dalam tempoh 20 September hingga ke 30 November kelak. Buat masa ini, pihak DomainRegistry tidak mengeluarkan sebarang tarikh berkenaan bilakah ianya akan dibuka kepada umum, tetapi daripada tarikh yang diperlihatkan, berkemungkinan ianya akan dibuka kepada semua pengguna dalam bulan Disember kelak.