Internet Explorer 10 Platform Preview 3 Diperkenalkan

Internet Explorer 10 Platform Preview 3 Diperkenalkan

Diterbitkan pada Sep 14, 2011 oleh .

Selain pelancaran Windows 8 Dev-Preview, kini Microsoft turut sama telah mengeluarkan kemaskini pembangunan untuk pelayar web popular mereka, iaitu Internet Explorer. Bagi para pembangun yang berminat, anda boleh memuat-turun Internet Explorer 10 Platform Preview 3 hari ini, yang mana membawakan lebih banyak sokongan teknologi HTML5 padanya.

Seperti sedia maklum, melalui Windows 8, ianya menggunakan enjin pelayar web dalam menjana penggunaan antaramuka Metro serta IE10, dan melalui Platform Preview 3 ini, ianya lebih mesra skrin-sentuh, serta turut membawakan sokongan yang lebih baik untuk aplikasi luar-talian, sokongan HTML5 dan juga CSS3. Dan dengan pengoptimasian untuk skrin sentuh, IE10 turut mengintegrasikan sokongan AutoCorrect padanya.

Para pembangun yang berminat, boleh memuat-turun Internet Explorer 10 Platform Preview 3 hari ini, sebelum ianya dilancarkan kepada umum dalam masa beberapa bulan lagi, berkemungkinan sekitar Mac 2012 kelak.


TIPS & ULASAN