Skrin Mati Pada Windows 8 Lebih Menarik Berbanding Windows Sebelum Ini

Skrin Mati Pada Windows 8 Lebih Menarik Berbanding Windows Sebelum Ini

Diterbitkan pada Sep 15, 2011 oleh .

Salah satu perkara yang sering diberikan perhatian pada sistem operasi Windows oleh para pengguna, adalah skrin mati sistem operasi tersebut, ataupun yang mana turut dikenali sebagai BSOD (Blue Screen of Death). Menariknya, melalui Windows 8, Microsoft telah membawakan beberapa perubahan, menjadikan skrin tersebut lebih menarik berbanding sebelum ini.


Windows 8 BSOD (via)

Pada masa yang sama, skrin mati pada Windows 8 juga tidak memperlihatkan sebarang kod yang sukar difahami seperti sebelum ini, sebaliknya menunjukkan apakah masalah yang dihadapi, dan kata kunci untuk masalah tersebut, serta memperlihatkan yang mana sistem akan dimulakan semula dalam beberapa saat.

Apa yang dapat dilihat secara kasarnya adalah dimana kini Microsoft mengoptimasikan sistem operasi mereka sepenuhnya menjadikannya amat mesra pengguna, selain pada masa yang sama, menjadikannya mesra pelbagai saiz skrin, dari sekecil 10-inci, ke saiz monitor yang jauh lebih besar.

Para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun Windows 8 Dev-Preview secara percuma hari ini, dan mula mengujinya terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan kepada umum pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN