Facebook Memperkenalkan Butang Langganan – Mengikuti Jejak Twitter Dan Google+

Facebook Memperkenalkan Butang Langganan – Mengikuti Jejak Twitter Dan Google+

Diterbitkan pada Sep 15, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan fungsi Smart Lists semalam, hari ini, Facebook terus menambahkan beberapa perkara baru pada laman sosial terkemuka tersebut, di mana kini mereka memperkenalkan butang langganan pada profail pengguna mereka. Dengan fungsi ini, ia akan membolehkan anda mengawal dengan lebih mudah apa yang diperlihatkan pada News Feed anda.

Ini mungkin disebabkan oleh ramai pengguna yang tidak menyukai untuk hanya melihat kemaskini mengenai permainan oleh rakan mereka yang lain, dan sebagainya. Dengan fungsi ini, para pengguna boleh mengawal apa yang mereka ingin lihat, dan tidak lagi menjadikan News Feed mereka serabut seperti sebelum ini.

Pada masa yang sama, melalui fungsi langganan ini juga, ianya membawakan fungsi seakan pada Twitter dan Google+, dimana para pengguna boleh mengikuti setiap kemaskini yang dilabelkan sebagai umum daripada pengguna yang diingini mereka, tanpa perlu menambah mereka menjadi rakan.

Fungsi ini akan diperkenalkan dalam masa beberapa hari lagi kepada semua pengguna secara berperingkat.


TIPS & ULASAN